Print

MyBayar

This document only available in Malay Language.

Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum individu menggunakan perkhidmatan membayar ansuran bulanan melalui MyBayar?

Individu perlu hadir di cawangan MdI yang mentadbir kes, bagi mendapatkan No. Estet dan menetapkan jumlah bayaran ansuran bulanan

Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran ansuran bulanan melalui MyBayar?

Sila rujuk tatacara bayaran ansuran Mybayar. Sila klik disini

Apakah cara bayaran yang di terima melalui MyBayar?

Cara bayaran yang diterima adalah pindahan terus melalui akaun simpanan atau akaun semasa.

Bolehkah bayaran dibuat daripada akaun pihak ke-tiga?

Boleh. Bayaran boleh dibuat daripada akaun pihak ke-tiga.

Bolehkah bayaran dibuat menggunakan kad kredit?

Pembayaran tidak boleh dibuat menggunakan kad kredit.

Bolehkah bayaran dibuat bagi bankrap yang berada di luar negara?

Bayaran boleh dilakukan sekiranya individu tersebut mempunyai    akaun simpanan atau akaun semasa di bank tempatan yang ada  menyediakan perkhidmatan Financial Process Exchange (FPX).

Bank apakah yang ada menyediakan perkhidmatan FPX?

Senarai bank yang ada menyediakan perkhidmatan FPX adalah:

                i) Maybank Berhad
                ii) CIMB Berhad
                iii) RHB Berhad
                iv) AMBANK Berhad
                v) Hong Leong Bank Berhad
                vi) Public Bank Berhad

Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengemaskini akaun estet bankrap setelah bayaran dibuat?

Akaun estet bankrap akan dikemaskini selewat-lewatnya 7 hari bekerja dari tarikh bayaran di buat.

Bolehkah bayaran dibuat kurang daripada jumlah yang ditetapkan?

Tidak boleh.

Apakah yang akan berlaku jika individu tidak membuat bayaran tidak mengikut jumlah yang ditetapkan ?

Jika terdapat tunggakan ansuran, jumlah tunggakan akan di tambah dengan jumlah ansuran semasa. Sila hubungi Cawangan MdI yang mentadbir kes untuk maklumat lanjut.