Print

Director General's New Year 2017 Speech

This document only available in Malay Language.
 PERUTUSAN TAHUN BARU KETUA PENGARAH INSOLVENSI       
  TAHUN 2017


Bismillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.   

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan izinNya, saya berpeluang untuk memberi ucapan tahun baru sempena Tahun 2017 yang bakal menjengah tidak lama lagi.

YBhg. Datuk/tuan-tuan/puan-puan yang saya hormati,

Tahun 2016 bakal meninggalkan kita dengan seribu kenangan pahit dan manis. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga MdI, BHEUU dan JBG yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang dirancang sepanjang tahun 2016.

Kini, tahun 2017 bakal menjelang tiba dan semestinya kita telah menanam azam serta komitmen untuk merealisasikan semua hasrat Jabatan. Saya pasti kita semua mengharapkan kejayaan yang lebih pada tahun 2017.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua warga MdI, BHEUU dan JBG. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

DATUK ABDUL RAHMAN PUTRA BIN DATO' HAJI TAHA
Ketua Pengarah Insolvensi
1 Januari 2017